Selasa, 15 April 2025

Varsity Sepaktakraw League 2025 bermula!

 Sirkit 1 Varsity Sepaktakraw League (VSL) edisi 2025 bermula hari ini. Bertempat di UTeM, VSL kali ini menyaksikan juara tahun lalu, KPM-MSSM tidak menyertai edisi 2025.




Video perlawanan boleh disaksikan di semua saluran kendalian BolarotanTV




Ahad, 27 Oktober 2024

SEAGF luluskan 11 pingat emas sepak takraw Sukan SEA Thailand 2025

BANGKOK, THAILAND

27 Oktober 2024



SEPULUH acara dan 10 pingat emas sepak takraw yang disarankan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) pada Sukan SEA Thailand 2025 sebaliknya 11 yang diluluskan.

Kelulusan yang menggembirakan Astaf itu diberikan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada mesyuarat Majlisnya di ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Thailand (TOC) di Bangkok pada 25 Oktober 2024.

SEAGF hanya menolak acara regu campuran bagi acara sepaktakraw tetapi bersetuju dengan saranan Astaf yang diketuai Presidennya, Datuk Abdul Halim Kader untuk memasukkan chinlone (perkaitan) ke dalam temasya ke-33 itu.   

Selain acara sukan rakyat Myanmar itu, yang diluluskan bagi Sukan SEA Thailand dari 7 hingga 19 Disember 2025 dalam kategori lelaki dan wanita ialah regu berpasukan, antara regu, kuadran (berempat) dan gelung di samping kuadran campuran.   

“Ini satu pencapaian dan berita yang menggembirakan Astaf dan pastinya 11 negara peserta Sukan SEA termasuk Timor-Leste yang berjinak-jinak dengan sepak takraw sejak Kejohanan Dunia Piala Raja Thailand di Korat pada September 2024. 

“Hanya satu acara chinlone iaitu perkaitan yang dikekalkan daripada Sukan SEA Kemboja 2023 atas dasar setiakawan dan muafakat serta tolak ansur malah dengan mengambil kira pengalaman penyertaannya oleh kebanyakan negara sejak Sukan SEA Myanmar 2013. 




Astaf juga mahu lebih banyak negara rantau Asia Tenggara ini menikmati pingat emas, perak dan gangsa sekali gus menjamin kemajuan dan kemampanan sukan sepak takraw,” katanya yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) yang menghadiri mesyuarat berkenaan. 

Walau bagaimanapun angka pingat emas dan acara kali ini jauh berkurangan berbanding di Phnom Penh 2023 yang menghimpunkan enam acara lelaki dan empat acara wanita (sepak takraw) serta sehingga 11 acara chinlone termasuk campuran.

Malaysia membawa pulang empat pingat perak (regu berpasukan, antara regu, beregu dan chinlone gaya sama) dan empat pingat gangsa (beregu berpasukan dan kuadran wanita, perkaitan dan tanpa ulangan utama chinlone) dari Phnom Penh. 

Adakah dasar larangan monopoli iaitu setiap negara peserta kecuali tuan rumah hanya boleh menyertai acara-acara tertentu dikuatkuasakan lagi? 

“Kelayakan penyertaan setiap negara akan ditetapkan oleh Astaf dan disarankan semula kepada tuan rumah Thailand dalam masa terdekat selepas kami mengadakan perbincangan dengan beberapa negara termasuk Malaysia,” kata Halim, 73.

Dasar ini bertujuan mengagih-agihkan pingat emas kepada lebih banyak negara peserta dijalankan Astaf sejak Sukan SEA Laos 2009 malah merangkumi Sukan Asia Guangzhou 2010. 

Namun terdapat kemungkinan besar, acara sepak takraw tertua sejak Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 – regu berpasukan bakal diwajibkan kepada semua negara peserta di Thailand 2025 kerana Phnom Penh 2023 hanya menyaksikan Kemboja, Malaysia dan Thailand yang menyertainya

Khamis, 17 Oktober 2024

FESTIVAL SEPAKTAKRAW 2024 12 Oktober 2024

Alhamdulillah, 12 Oktober 2024 yang lalu telah berlangsungnya Festival Sepaktakraw 2024 sempena Hari Sukan Negara yang diraikan diseluruh negara. Sasaran Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun ini ialah seramai 4.5 juta orang terlibat dalam pelbagai acara sukan. Di Putrajaya sahaja, sebanyak 67 jenis acara sukan dianjurkan dan menarik minat ramai orang dari 11 hingga 13 Oktober 2024 yang lalu.


4 kategori dipertandingkan kali ini, Wanita, U15, U21 dan Veteran dengan jumlah keseluruhan 48 regu hadir memeriahkan acara. Hadiah kemenangan terkumpul mencecah hampir RM10,000 walaubagaimanapun terpaksa diagihkan sama rata kerana hujan lebat mencurah lewat petang itu.


Mengikut jangkaan awal, perlawanan tetap dapat dijalankan selepas hujan memandangkan Pancarona mempunyai sistem lampu yang baik serta gelanggang yang tidak licin. Perancangan Allah jauh lebih hebat apabila hujan lebat mengakibatkan banjir dibeberapa kawasan dan risiko petir pula membuatkan pihak penganjur membuat keputusan menamatkan sahaja perlawanan.




Antara yang menarik untuk diperkatakan ialah, acara veteran sangat mencuri tumpuan penonton. Pengalaman bermain yang banyak oleh mereka menyebabkan rata - rata perlawanan kategori veteran mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.




Kategori U15 juga turut menampilkan bakat - bakat hebat yang beraksi di MSSM 2024 seperti pemain dari pasukan Kuala Lumpur dan Selangor. Malah, pemain berusia 11 dan 12 tahun turut berani turun berentap menentang pemain yang rata - ratanya berusia 14 - 15 tahun.




Manakala kategori belia U21 mempamerkan bakat - bakat muda yang seimbang. Ada yang pernah beraksi di SUKMA, Piala Emas Khir Johari dan VSL. Terdapat juga beberapa wajah baru yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan.



Acara Wanita yang kali pertama dipertandingkan di Festival Sepaktakraw Wanita juga menarik perhatian. Beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Eva, Akhirah dan beberapa yang lain memberikan gambaran bahawa Malaysia mampu bersaing diperingkat tinggi dengan syarat, lebih banyak kejohanan dan pendedahan perlu diberikan kepada mereka.




Sekalung tahniah juga kepada Persatuan Sepaktakraw Putrajaya (PESTAP) atas penganjuran yang kemas dan lancar. InsyaAllah lebih banyak kerjasama antara BolarotanTV dan PESTAP akan diusahakan di masa akan datang.




Terimakasih juga kepada Kementerian Belia dan Sukan atas kepercayaan yang diberikan kepada BolarotanTV untuk kesekian kalinya. sama - sama kita berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian hebat sukan tanahair!




 

Sabtu, 21 September 2024

FESTIVAL SEPAKTAKRAW 2024 muncul lagi!


 

Alhamdulillah..

Untuk kesekian kalinya Kementerian Belia dan Sukan memberikan kepercayaan kepada BolarotanTV untuk mengendalikan Festival Sepaktakraw 2024 yang dijangka berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Gelanggang Sepaktakraw Pancarona Putrajaya.



Persatuan Sepaktakraw Putrayaja (PESTAP) adalah rakan strategik BolarotanTV bagi edisi tahun ini akan turut sama berganding bahu menjayakan kejohanan yang bakal menyaksikan 48 regu bersain dalam 4 kategori pertandingan.

Jika tahun lalu, 4 kategori dipertandingkan, tahun ini masih lagi dengan 4 kategori tetapi 3 kategori mengalami perubahan. 

Tahun lalu, kategori belia adalah pada usia 19 tahun dan ke bawah. Tahun 2024 menyaksikan usia ini dinaikkan ke 21 setelah mengambil kira kategori Terbuka dimansuhkan.  Ini bakal membuka ruang kepada pemain - pemain SUKMA untuk beraksi selain dari pemain yang baru selesai dengan MSSM U18 baru - baru ini.

Kategori Veteran dikekalkan bagi meraikan otai - otai yang masih setia dengan sepaktakraw dan syarat kelayakan ialah mesti berusia 40 tahun dan ke atas. Tanpa syarat tahap permainan, "Open habis" bak kata orang zaman sekarang.

Memandangkan kategori remaja hanya sekali sahaja pernah dijalankan iaitu pada 2012 yang lalu, kategori ini kembali dipertandingkan dengan peringkat usia bawah 15 tahun.

Untuk kali pertama dalam sejarah BolarotanTV, kali ini kategori wanita bakal dipertandingkan. Hanya seorang pemain kebangsaan terkini sahaja dibenarkan beraksi bagi setiap regu, ini pastinya menjadi medan menarik untuk melihat gandingan pemain muda dan senior bergabung menghangatkan persaingan bagi merebut hadiah wang tunai RM1000 sebagai juara nanti.

Yuran penyertaan hanya RM50 sahaja bagi setiap regu dan maksima 5 pemain didaftarkan bagi setiap regu.


Musle Treatment Oil BolarotanTV dengan stok terhad..whatsapp 0133889214 segera!


Setakat tulisan ini disiarkan, berikut adalah senarai regu yang telah membuat pengesahan.

Kategori Belia U21

1. PESTAP A

2. PESTAP B

3. SUKA - SUKA

4. KESEMAS

5. WARISAN

6. KPG TC

7. FUDIN KERINCHI

8. RM19

9. TIE TC

10. PAMOR TC

11. FAST TREK

12. TAMAN SERI PAGI


Kategori Veteran

1. PESTAP 

2. TAMAN MESRA

3. KASIONZ

4. KTC

5. FUDIN KERINCHI

6. RM19

7. WARISAN

8. NFR

9. KEDAI KASUT NANYANG SEMENYIH

10. SRI MELAKA 19

11. KTS

12. NEYNON


Kategori Wanita

1. SUKA - SUKA A

2. SUKA - SUKA B

3. FUDIN KERINCHI

4. PERAK A

5. PERAK B

6. PERAK C

7. KELANTAN

8. PERLIS A

9. PERLIS B

10. PAHANG A

11. PAHANG B

12. PAHANG C


Kategori Remaja U15

1. PESTAP A

2. PESTAP B

3. KURIA B

4. SSTM (TAMAN MEWAH)

5. BUDAK KUARTERS

6. TKP

7. WARISAN

8. KESEMAS

9. FUDIN KERINCHI

10. SEDERAP ANTLERS

11. TAKRAWMY

12. TRIO'S

Selasa, 9 Julai 2024

Dari Piala Dunia ke Piala Asia

Sehingga hari ini, peminat tegar sepaktakraw atau mereka yang baru mengenali sepaktakraw masih teruja bercerita mengenai pelbagai perkara berkaitan Piala Dunia ISTAF 2024. Sebut saja dari aspek penganjuran, pasukan, perlawanan sehingga kepada pengulas, ia masih seronok dibicarakan. Belum pun hilang euphoria ini, Piala Asia pula bakal dianjurkan pada 2025 dengan Malaysia sekali lagi dicadangkan sebagai tuan rumah. Persoalannya, kenapa Malaysia lagi?



Di sinilah semua pihak yang mencintai sepaktakraw sudah perlu mula faham, bahawa ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam penganjuran sebarang acara sukan bertaraf dunia.

Perhatikan saja di Asean University Games 2024, hanya 4 negara menyertainya. Asean School Games 2024 pula lebih malang apabila sepaktakraw tidak disenaraikan sebagai salah satu acara.



Energi hebat di pertandingan Sepaktakraw, dengan rally pantas dan aksi luar biasa, boleh memikat satu negara. Tapi sebelum sebuah negara melangkah ke pentas antarabangsa sebagai tuan rumah kejohanan Sepaktakraw, ada persiapan penting yang perlu dibuat. Berikut adalah faktor-faktor utama yang perlu dipertimbangkan sebelum membida untuk menjadi tuan rumah kejohanan Sepaktakraw:

1. Infrastruktur dan Fasiliti:

Lokasi pertandingan : Tempat pertandingan yang mencukupi dengan fasiliti bertaraf antarabangsa sangat penting. Ini termasuk pencahayaan yang baik, kapasiti tempat duduk yang cukup untuk penonton, dan kawasan latihan untuk pasukan yang bertanding. Stadium Titwangsa sebagai contoh adalah satu - satunya pilihan yang Malaysia ada kerana kemudahan setara dengannya sebelum ini sudah dirobohkan iaitu Stadium Badminton Cheras. Stadium Axiata Bukit Jalil pula terlalu besar, maka mungkin pilihan selanjutnya waajr di luar Kuala Lumpur. Mungkinkah Pulau Pinang sesuai?

Penginapan: Memastikan bilik hotel yang mencukupi, yang terletak dengan mudah untuk pasukan dan pegawai, adalah penting untuk pengalaman kejohanan yang lancar. Ketika Piala Dunia Kuala Lumpur, kedudukan Hotel Tamu sangat strategik dengan segala kemudahan tersedia di sekitar yang hanya pada jarak berjalan kaki sahaja.

Pengangkutan: Rangkaian pengangkutan yang boleh dipercayai dan efisien sangat penting untuk atlet, pegawai, dan penonton. Ini termasuk pemindahan dari lapangan terbang, pilihan pengangkutan awam, dan perkhidmatan shuttle antara venue dan penginapan. Ramai pengurus pasukan mengakui pengangkutan yang disediakan di Piala Dunia yang lalu adalah terbaik dan jika berlaku kelewatan sekali pun, ia datang dari kesilapan pasukan negara itu sendiri.



2. Kapasiti Organisasi:

Jawatankuasa Penganjur: Sebuah jawatankuasa yang teratur dan berpengalaman dengan kepakaran dalam pengurusan acara, pentadbiran Sepaktakraw, dan logistik adalah perlu untuk memastikan kejohanan yang berjaya.

Sukarelawan: Pasukan sukarelawan yang berdedikasi sangat penting untuk melaksanakan pelbagai tugas, dari operasi pertandingan hingga hubungan media dan perkhidmatan penonton. Alhamdulilah, di Piala Dunia 2024, Liaison Officer, Marshall dan sukarelawan di lapangan telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang!


Pemasaran dan Komunikasi: Membangunkan strategi pemasaran yang komprehensif untuk mempromosikan kejohanan di dalam dan luar negara adalah penting untuk menarik penonton, penaja, dan perhatian media. Alhamdulillah, walaupun dalam tempoh masa kurang 3 bulan, Piala Dunia 2024 dapat dipromosi dengan baik meskipun tidak sehebat sukan - sukan utama dunia. Perkembangan media sosial dilihat sebagai salah satu faktor penyumbang kepada hal ini.

3. Pertimbangan Kewangan:

Pembiayaan: Menjadi tuan rumah kejohanan Sepaktakraw memerlukan pembiayaan yang teliti. Ini termasuk sewa tempat, kos peralatan, penginapan untuk peserta, perbelanjaan pemasaran, dan mungkin hadiah wang tunai sebagai tarikan. Malangnya, kejohanan utama dunia sepaktakraw masih tidak menyediakan hadiah wang tunai.

Penajaan: Mendapatkan penajaan adalah penting untuk menampung kos kejohanan. Ini memerlukan pakej penajaan yang terperinci dengan faedah yang menarik untuk rakan kongsi yang berpotensi. Pasukan pemasaran yang khusus perlu diwujudkan bagi mencapai matlamat ini.

Sokongan Kerajaan: Sokongan kerajaan, sama ada kewangan atau logistik, boleh menjadi faktor penting dalam memastikan pengalaman penganjuran yang berjaya. Alhamdulillah, Kementerian Belia dan Sukan menerusi YB Hannah Yeoh telah melaksanakan ini dengan sangat baik.

4. Komuniti Sepaktakraw dan Peminat:

Infrastruktur Sepaktakraw yang Sedia Ada: Liga Sepaktakraw domestik yang kuat, program pembangunan pemain, dan pangkalan data peminat yang bersemangat boleh mewujudkan suasana positif tempatan untuk menjadi tuan rumah kejohanan. Kini semakin banyak Facebook dan Tiktok aktif menyokong pertumbuhan peminat tegar di pelbagai negara.

Memperkenalkan Sepaktakraw: Kejohanan ini boleh dijadikan peluang untuk mempromosikan lagi Sepaktakraw dalam negara tuan rumah, berpotensi menarik pemain dan peminat baru. Matlamat ini perlu sentiasa dijadikan agenda. Piala Dunia 2024 telah membuktikan ramai dikalangan penonton baru yang tidak tahu dengan perkembangan semasa sepaktakraw terutama dari aspek teknikal. Ingat tak ramai yang bertanya ketika siaran langsung "Ini live ke?" "Eh semalam kan dah menang..ini game apa pulak?"



5. Pertimbangan Tambahan:

Keselamatan: Memastikan keselamatan peserta, pegawai, dan penonton semasa kejohanan adalah penting.

Pertukaran Budaya: Menjadi tuan rumah kejohanan Sepaktakraw menawarkan peluang untuk mempamerkan budaya dan tradisi negara tuan rumah kepada penonton antarabangsa.

Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini dan melaksanakan rancangan yang teratur, sebuah negara boleh memanfaatkan keseronokan menjadi tuan rumah kejohanan Sepaktakraw untuk bukan sahaja meningkatkan kedudukannya dalam sukan ini tetapi juga menjana manfaat ekonomi dan budaya yang positif.

Maka persoalannya, jika Malaysia menolak tawaran ASTAF untuk Piala Asia 2025, negara mana yang sanggup memikul tanggungjawab itu? 

Ini adalah laman terbaru BolarotanTV!


 

Assalamualaikum wbt

Kepada sahabat semua, berikutan bandwith di laman web BolarotanTV yang sebelum ini sering mengalami masalah kuota bandwith, jadi admin membuat keputusan untuk membangunkan lama baru ini dengan cara yang tradisional.

Kenapa?

Sebab ada sesetengah perkara dalam hidup yang nilai estetiknya jauh lebih penting berbanding ciri teknologi terkini.

InsyaAllah, lama ini akan dibangunkan dengan sepenuh jiwa sebagaimana yang sebelumnya.

Mohon kongsikan dan ikuti BolarotanTV di laman ini ya!

Varsity Sepaktakraw League 2025 bermula!

 Sirkit 1 Varsity Sepaktakraw League (VSL) edisi 2025 bermula hari ini. Bertempat di UTeM, VSL kali ini menyaksikan juara tahun lalu, KPM-MS...